Isu Pelantikan KP: Kakitangan JKR Diminta Bertugas Seperti Biasa

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor meminta pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan tugas mereka seperti biasa tanpa memikirkan isu pelantikan ketua pengarah jabatan itu.

Beliau berkata mereka perlu membiarkan isu berkenaan diselesaikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA.

"Saya dapati operasi JKR berjalan lancar dan saya yakin isu itu dapat diselesaikan oleh pihak JPA dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kementerian Kerja Raya Ke-60 di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Shaziman berkata beliau yakin kontroversi itu dapat diselesaikan kerana sistem perkhidmatan awam negara memiliki tata cara tersendiri.

Semalam, Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata pelan penyelesaian yang dirangka dijangka mampu menangani isu berkenaan jika ia diterima pihak terbabit. Kemelut pelantikan jawatan itu timbul apabila bekas Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Judin Abdul Karim, yang dipinjam bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, enggan mengosongkan biliknya meskipun pengganti beliau Datuk Mohd Noor Yaacob mula bertugas.

Pada karnival itu, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records bagi kategori masakan terbanyak disiapkan dalam satu masa.

Pengerusi Puspanita Kementerian Kerja Raya Datin Mary Thomas berkata seramai 3,000 warga kementerian menyediakan 1,000 jenis masakan dalam "Sajian 1Malaysia" "Juadah masakan ini dijual pada harga antara RM1 hingga RM2, dan hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Bencana Negara," katanya.

Antara juadah Sajian 1Malaysia ialah Shanghai Style Chicken, Sheredded Chicken with Pandan Leaves, Steam Plain Chicken, Lam Varuval Stir Fried, Kofta, Kheema, Thenga Sadam, Nasi Beriani Ayam, Nasi Badam, Nasi Ayam Masala dan Nasi Ayam Madu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan