Bomba Lakukan Siasatan Dalaman Insiden Pelatih Wanita Dibotakkan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat diarah menjalankan siasatan dalaman berhubung kes beberapa pelatih wanita dibotakkan kepala mereka ketika mendaftar diri untuk menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada awal bulan lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata jika perlu, tindakan boleh diambil kerana perkara itu (tindakan memotong rambut) berkait dengan peraturan yang bukan hanya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi turut dilaksanakan pada anggota beruniform yang lain.

Chor berkata bagi pelatih wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat, rambut mereka akan digunting sehingga enam milimeter panjang kerana sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, jika wanita berambut panjang mungkin akan jadi halangan untuk menjalankan tugas yang melibatkan aktiviti fizikal.

"Ini kes pertama saya terima aduan seperti ini. Ini jelas tunjukkan perkara itu bukan sentiasa berlaku. Mungkin kali pertama dan tidak disengajakan. Saya tak nak cakap siapa betul siapa salah. Saya memang memahami sensitiviti agama bagi seorang wanita," katanya pada sidang media di pejabat MCA Bahagian Alor Setar di Jalan Pegawai di sini, Sabtu.

Semalam, Bernama melaporkan seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai yang membotakkan kepalanya serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.

Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai berkata dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan kepala pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.

Chor berkata rambut pelatih memang perlu digunting tetapi dalam kes itu mungkin pegawai terlibat menggunting rambut terlalu pendek dan lebih daripada sepatutnya sehingga rambut menjadi terlalu pendek seperti botak.

"Saya amat kesal dan jika betul-betul berlaku saya minta maaf. Gunting rambut ini kadang-kadang boleh jadi pendek... ini bukan perkara yang disengajakan," katanya.

Chor berkata beliau telah memberi penjelasan kepada bapa Hizyaty, Othman Long dan berharap Hizyaty dan bapanya itu dapat menerima penjelasan beliau sebagai Anggota Parlimen Alor Setar serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan