Tempoh Pinjaman Peruncit Program 'Tukar' Dipanjangkan Sehingga 15 Tahun - Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruncit tradisional yang terlibat dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) kini diberi bantuan pinjaman sehingga 15 tahun, berkuat kuasa Khamis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program itu, yang diadakan dengan kerjasama Bank Rakyat, masih menawarkan pinjaman sebanyak RM60,000 namun tempoh bayaran balik dilanjutkan sehingga 15 tahun berbanding tujuh sebelum ini.

"Selain bertujuan untuk meringankan beban peruncit dan memberi masa agar peruncit dapat mengukuhkan kewangan mereka, kita harap lebih ramai peruncit berminat untuk menyertai projek TUKAR ini," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan empat pengendali pasar raya di sini Khamis.

Mereka akan bertindak sebagai konsultan membantu kerajaan melatih peruncit mengamalkan pengurusan perniagaan yang moden dan cekap bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Empat syarikat itu ialah Aeon Co (M) Bhd, Econsave Cash and Carry Sdn Bhd, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Ismail Sabri berkata sehingga kini sebanyak 62 kedai runcit tradisional berjaya ditransformasikan dengan bantuan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Carrefour Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang bertindak sebagai konsultan.

"Semua kedai runcit yang dimodenkan telah mengalami peningkatan jualan yang amat memberangsangkan dengan purata jualan meningkat sehingga 30 peratus bagi setiap kedai," katanya.

Selain itu, beliau berkata projek TUKAR dijangka mampu menyumbang sebanyak RM5.56 bilion kepada Pengeluaran Kadar Negara dan mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan melalui penglibatan 5,000 kedai runcit moden menjelang 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan