Silibus Latihan Polis Bantuan Merangkumi Perundangan:Komandan Pulapol

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelatih Polis Bantuan yang mengikuti latihan untuk berkhidmat di syarikat-syarikat bukan sahaja dilatih menjadi anggota polis, malah silibus latihan mereka turut merangkumi sudut perundangan.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata pembelajaran daripada sudut perundangan diterapkan supaya Polis Bantuan bertindak berlandaskan undang-undang ditetapkan.

"Ia (perundangan) juga dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam gejala menyalahi undang-undang, seperti menyalahgunakan kuasa," katanya semasa merasmikan Upacara Perbarisan Tamat Latihan Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kumpulan Sunway siri 1/2011 di sini Jumaat.

Beliau berkata penyalahgunaan kuasa oleh anggota Polis Bantuan hanya akan menjejaskan kerjaya dan imej syarikat, yang secara tidak langsung melibatkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kaca mata masyarakat.

"Walaupun kuasa-kuasa yang diberikan kepada Polis Bantuan terhad, namun apa yang penting keselamatan nyawa dan harta benda di bawah kawalannya sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya.

Pada hari ini, seramai 220 orang, iaitu 170 peserta TNB dan 50 daripada Kumpulan Sunway berjaya menamatkan latihan asas polis sebagai polis bantuan selama dua bulan di pusat latihan ini.

Zulkifli berkata Polis Bantuan turut mengikuti kaedah latihan yang berinovatif, dengan berbagai silibus latihan termasuk berkawad, latihan jasmani dan seni mempertahankan diri.

Seperti mana termaktub dalam Seksyen 47 Akta Polis 1967, Polis Bantuan berperanan sebagai unit sokongan atau bantuan kepada PDRM bagi menguatkuasakan undang-undang dalam situsasi yang diperlukan, demi menjamin keselamatan dan mengekalkan ketenteraman awam di kawasan liputannya.

Penugasan Polis Bantuan tertakhluk di dalam kawasan majikannya bagi menjalankan tugas seperti rondaan, bit dan kawalan statik, kawalan orang ramai, melindungi dan mengiringi harta majikan, mencegah kesalahan-kesalahan jenayah dan mengesan serta menahan penjenayah.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan