Muhyiddin Ingatkan Belia Tidak Sertai Perhimpunan Haram 9 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan belia negara ini supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

Beliau juga mengingatkan para belia supaya jangan terpengaruh dengan pujukan supaya menyertai perhimpunan haram tersebut menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Jangan libatkan diri dalam perhimpunan haram ini... jangan dengar seruan panggilan telefon dan SMS yang tersebar meluas ajak saudara terlibat perhimpunan haram yang menyalahi (undang-undang)," katanya pada perhimpunan Belia 1Malaysia Parlimen Pagoh di sini Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Pagoh berkata adalah lebih bagi belia memanfaatkan masa yang ada untuk memajukan diri dan membantu masyarakat berbanding menyertai perhimpunan haram tersebut.

Sementara itu, beliau berkata walaupun Pagoh berada di dalam kawasan luar bandar namun kawasan berkenaan semakin berkembang pesat dalam beberapa tahun ini.

"Jalan yang perlu dilalui oleh para belia masih jauh. Sebab itu saya mengajak semua bekerja sebagai satu pakatan kerana kita yakin dalam tempoh akan datang kawasan Pagoh akan menjadi kawasan paling maju di dalam daerah Muar," katanya.

Muhyiddin pada majlis itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada setiap 96 pertubuhan belia di kawasan Parlimen Pagoh dan juga sedang berusaha mencari tapak untuk membangunkan sukan permotoran bagi belia kawasan berkenaan.

Kemudiannya ketika merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Pagoh dekat Panchor, di sini, Muhyiddin berkata hab pendidikan Pagoh di kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar akan dimulakan sebelum akhir tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Beliau berkata hab itu kelak akan menempatkan beberapa universiti tempatan termasuk kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), politeknik dan sekolah menengah vokasional.

"Seperti yang dicadangkan belia di sini, usaha juga akan dibuat untuk mempelawa institut pengajian tinggi swasta supaya menempatkan kampus mereka di sini," katanya sambil menambah hab berkenaan akan muncul sebagai kawasan pertumbuhan baru di Pagoh.

Muhyiddin selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dalam pada itu turut melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat negara ini yang mudah tersinggung apabila tercetusnya sesuatu isu berkaitan kaum dengan wujudnya pihak yang cuba melagakan antara kaum.

"Saya berasa bimbang kerana prinsip asal dulu yang berjaya dibentuk pemimpin dulu sudah mula dilemahkan. Ini trend yang tidak baik. Untuk mengelakkan perkara ini, kita kena kembali kepada perjuangan asal," katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota MCA Pagoh supaya terus menyokong parti tersebut memandangkan MCA kini sudah mula bangkit sebagai 'suara' mewakili kaum Cina.

Menurutnya BN mahu parti itu terus menjadi antara rakan kongsi utama bagi bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan