Kerajaan Negeri Sembilan Akan Turut Laksana Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Projek perumahan rakyat 1Malaysia dan Kedai 1Malaysia merupakan dua agenda penting yang akan direalisasikan oleh kerajaan Negeri Sembilan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan di kawasan pinggiran bandar milik kerajaan negeri di seluruh negeri.

Katanya projek itu yang akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan pusat bagi memberi sokongan dan bantuan bagi golongan yang memerlukan terutamanya bagi mengurangkan kos sara hidup mereka.

"Program sebegini dilakukan bagi mengurangkan kesempitan dan kemiskinan masyarakat di negara kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Jumaat.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur akan dibangunkan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Sementara itu, Menteri Besar berkata penduduk sekitar Sendayan dan Seremban 2 tidak perlu bimbang dengan bunyi bising dan kesibukan laluan udara berikutan perpindahan Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Sendayan.

Beliau menjelaskan hanya helikopter sahaja yang akan melakukan pendaratan di lapangan terbang itu manakala pesawat lainnya akan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya kerajaan negeri akan membaiki jalan dari KLIA ke Sendayan bagi memudah dan melancarkan perjalanan dari lapangan terbang itu ke Sendayan.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan