Gempa Bumi Berskala 7.4 Di Alaska - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Berskala 7.4 Di Alaska

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Amaran tsunami telah dipancarkan ke seluruh pantai barat Amerika dan Alaska selepas satu gempa bumi kuat berskala 7.4 magnitut mengegarkan Kepulauan Aleutian di Alaska, Amerika Syarikat.

Setakat ini belum ada sebarang laporan terperinci mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pantai Barat Amerika dan Alaska telah mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan para penduduk di sekitar pantai bergerak ke kawasan tinggi.

Gempa itu dilaporkan berlaku di Pulau Fox yang terletak 163 kilometer ke timur sebuah pekan perikanan kecil bernama Atka dalam negeri Alaska.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan