Agong Tiba Untuk Lawatan Dua Hari Ke Pulau Pinang - Berita Semasa | mStar

Agong Tiba Untuk Lawatan Dua Hari Ke Pulau Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari ke Pulau Pinang mulai Jumaat.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 11.20 pagi disambut Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Sharif.

Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew Gek Cheng serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman antara yang turut hadir menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Tuanku Mizan dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri di sini sebelum berangkat bersama Tuanku Nur Zahirah untuk merasmikan sekolah agama Maahad Al Mashoor Al-Islami di Balik Pulau.

Pada sebelah malamnya, Seri Paduka berdua akan diraikan pada majlis Santapan Menjunjung Kasih Kerajaan Negeri di Hotel Equatorial di Bukit Jambul.

Esok, Tuanku Mizan dijadual merasmikan Al-Khamsa Endurance Club di Taman Perbandaran Pulau Pinang sebelum menyertai Tuanku Nur Zahirah melawat Bukit Bendera. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat menghadiri majlis santapan tengah hari di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Seri Mutiara sebelum berangkat ke Terengganu pada sebelah petang.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan