Wanita BN Gesa Penganjur Bersih 2.0 Batal Perhimpunan

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) menggesa pihak penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 supaya membatalkan perhimpunan haram tersebut pada 9 Julai ini.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini amat penting demi keselamatan negara dan rakyat.

Katanya, tanpa permit, ia adalah satu perhimpunan haram dan melanggar undang-undang negara.

"Dengan mengambil kira perkembangan terkini daripada pelbagai pihak, besar kemungkinan perhimpunan haram ini akan mengundang keganasan.

"Keselamatan semua yang hadir termasuk orang awam akan tergugat. Kami amat bimbang," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Shahrizat memberitahu, wanita BN yang mewakili dua juta wanita dari parti komponen BN mempunyai keyakinan terhadap integriti sistem pilihan raya negara ini.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum 2008 membuktikan sistem pilihan raya yang diamalkan adalah neutral dan adil, dengan pihak pembangkang mampu menubuhkan beberapa kerajaan negeri dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.

"Sekiranya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ikhlas dan tidak mempunyai agenda politik atau motif lain, maka mereka sepatutnya menerima pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berdialog dan berbincang tentang isu-isu yang ingin dikemukakan secara rasional dan berhemah selain tidak membahayakan keselamatan umum," katanya.

Sementara itu, mengenai Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Bersih, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno menjelaskan, Pemuda Umno mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu untuk berbuat demikian.

"Itu adalah pendirian Pemuda Umno dan kita mengamalkan demokrasi. Mungkin ada sebabnya mereka berbuat demikian," ujarnya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

Terdapat tiga pihak yang bakal berhimpun pada hari berkenaan iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih dan Pemuda Umno.

Dalam pada itu, mengenai penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada lewat malam Rabu yang dikaitkan datang dari Umno, Shahrizat menasihatkan pihak terbabit supaya jangan menjadikan Umno sebagai "kambing hitam".

SMS ugutan bunuh ke atas Ambiga itu kononnya diedarkan sebagai membantah tindakan beliau dan juga pemimpin Pakatan Rakyat untuk meneruskan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya yang adil dan telus.

Hishammuddin menegaskan, pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut dan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan terperinci.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan