Krisis Air: Kerajaan Pusat Diminta Nilai Semula Keupayaan Syabas

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu meminta Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menilai semula keupayaan dan kecekapan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam menguruskan sistem bekalan air di negeri itu.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang selama tiga air bermula Rabu tidak wajar berlaku kerana bekalan air di semua empangan di negeri itu mencukupi.

“Kerajaan Negeri amat kesal dengan gangguan bekalan air yang kini berlaku di beberapa daerah di Selangor.

“Gangguan yang diumumkan oleh Syabas ini menjejaskan seramai sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Syabas telah memaklumkan bahawa lebih sejuta penduduk berhadapan dengan "krisis bekalan air" apabila syarikat itu memutuskan bekalan air selama lebih 48 jam bermula jam 8 pagi Rabu hingga 8 pagi Jumaat untuk kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Dalam tempoh tersebut, bekalan air tidak akan dibuka langsung. Ini bermakna para pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas iaitu sebahagian besar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor perlu benar-benar berjimat dan menggunakan bekalan air yang sedia ada di tangki rumah atau premis pejabat masing-masing sehingga bekalan air itu habis.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, loji tersebut yang terletak di Bukit Badong, Ijok terpaksa ditutup untuk membolehkan kerja-kerja penaiktarafan serta penyelenggaraan dilakukan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Syabas.

Dalam pada itu Elizabeth berkata, tindakan Syabas menyalahkan perundingan penstrukturan semula aset air tidak kena pada tempatnya.

“Penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja-kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.

“Pada hari ini pula, perundingan dengan kerajaan negeri senang-senang digunakan sebagai alasan menghalang syarikat swasta tersebut dari menaiktaraf infrastrukturnya. Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Elizabeth turut mengumukan Md Khairi Selamat sebagai Pengarah Lembaga Air Urus Selangor (LUAS) yang baru berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan pegawai kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Teknikal LUAS pada tahun 2005 hingga 2007.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan