Gobalakrishnan Cabar Anwar Serah Sampel DNA, Jam Omega Sebelum Bersih 2.0

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada Khamis mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau.

Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.

"Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Dakwa Gobalakrishnan, perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenivasan sebenarnya didalangi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk kepentingan peribadi.

"Saya percaya Anwar terdesak untuk mengelirukan rakyat menerusi perhimpunan ini. Beliau memerlukan keadaan huru-hara untuk mencetuskan gelombong kebencian rakyat terhadap kerajaan," ujarnya.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut percaya Anwar sengaja mempergunakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat demi kepentingan politiknya.

"Setelah lebih 12 tahun bersama Anwar, saya cukup kenal dengan perangai beliau yang akan mempergunakan sesiapa saja untuk hasrat peribadinya," katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu diadakan sebelum terlibat sama.

Perhimpunan Bersih yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini kononnya diadakan bertujuan untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan