Trio Datuk 'T' Akan Didakwa Di Mahkamah Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua trio 'Datuk T' akan didakwa di mahkamah di Jalan Duta, dekat sini Jumaat ini kerana menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Video itu didakwa menunjukkan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian dinafikan Ketua Pembangkang terbabit.

Salah seorang ahli trio terbabit yang juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada pukul 8 pagi hari tersebut.

Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) itu berbunyi: "Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum."

Eskay menambah, dia akur dengan undang-undang dan berharap kebenaran akan terdedah.

Selain Eskay, dua lagi ahli trio 'Datuk T' ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 5, Akta Penapisan Filem selepas mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM10,000 atau dipenjarakan lima tahun atau kedua-duanya.

Shuib yang dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa lalu berkata, rakyat sepatutnya mengetahui kebenaran.

"Kami biarkan mahkamah untuk menentukannya, tetapi hati nurani kami adalah jelas kerana mendedahkan kewujudan video tersebut demi kepentingan negara," katanya.

Rahim berkata, pihak berkuasa harus mendedahkan identiti individu lelaki dalam video tersebut.

Polis telah mengesahkan kesahihan video seks itu dan mengenal pasti identiti lelaki itu.

Untuk membantu siasatan, polis mendapatkan bantuan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk mengesahkan identiti lelaki dalam video seks berkenaan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan