PKR Pecat 29 Anggota Kerana Pelbagai Isu Disiplin

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johnson Chong dan 28 yang lain, dipecat kerana pelbagai isu disiplin, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Beliau berkata kebanyakan mereka dipecat selepas melanggar disiplin parti seperti bertanding menentang calon lain PKR pada pilihan raya, memaparkan aduan berkaitan parti dalam Facebook, hadir pada pelancaran parti lain serta menyokong calon parti lawan.

"Keputusan memecat mereka disyorkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa disiplin parti sebelum ia dibincangkan biro politik, dan selepas itu jawatankuasa pusat (CC). Kami hanya mengumumkannya selepas ia disokong oleh CC," katanya ketika dihubungi.

Mengulas pemecatan Johnson Chong, Dr Tan berkata bekas pengarah komunikasi PKR itu didapati bersalah membantu calon parti lawan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

"Kami telah menghantar surat menerusi mel berdaftar untuk memaklumkan keputusan memecat mereka," katanya.

Bagaimanapun, Dr Tan berkata mereka masih boleh merayu kepada presiden parti atau setiausaha agung, dan satu jawatankuasa akan dibentuk untuk meneliti rayuan itu.

Antara yang dipecat ialah Thony Badak kerana bertanding atas tiket parti lawan iaitu Parti Nasional Sarawak (SNAP), dan Michael Jok, yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Seorang lagi anggota parti, Joyce Lee dari Batu Kawan, Pulau Pinang pula dipecat kerana membuat kenyataan yang tidak menyenangkan berhubung parti dalam Facebook beliau," katanya.

Dr Tan juga berkata 10 anggota PKR turut digantung manakala 12 lagi diberikan amaran kerana pelbagai isu disiplin dalam parti.

"Mereka ini bukan sebahagian daripada 29 anggota PKR yang dipecat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan