PKR Desak Ketua Audit Negara, SPRM Siasat Salah Guna Wang Zakat

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, wujud penyelewangan dalam agihan wang zakat yang digunakan untuk membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Kedua individu terbabit sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes qazaf membabitkan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah pada Selasa yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

"Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas salah.

"Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta SPRM dan Ketua Audit Negara untuk siasat perkara itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini Rabu.

Menurutnya, pengeluaran wang zakat yang diluluskan sendiri oleh Che Mat bagaimanapun menimbulkan tanda tanya sama ada beliau antara lapan asnaf yang layak menerima peruntukan itu.

"Wang zakat dalam Islam ada asnaf yang lapan terdiri daripada golongan fakir, miskin dan hamba sahaya. Tapi adakah menteri dan Pengarah Jawi antara kelapan-lapan yang layak terima zakat? Sudah tentulah, jawapannya sangat terang... tidak," jelasnya.

Saifuddin berkata, dari segi hukum agama, kedua-dua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

"Namun, mereka mendakwa tergolong dalam golongan amil - orang yang mengutip dan mengagihkan zakat. Jadi perkara itu memerlukan penjelasan kerana berlaku pengkhianatan dalam pengurusan wang zakat," ujarnya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut akan menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai kedudukan perkara itu untuk tindakan selanjutnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan