Permohonan Warganegara Bersama DNA

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri sedang memproses enam aplikasi bagi permohonan warganegara termasuk keputusan asid deoksiribonukleik (DNA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun ujian DNA tidak diwajibkan ia akan membantu kementerian memproses permohonan kewarganegaraan khususnya untuk kanak-kanak yang dilahirkan sebelum ibu bapa mereka mendaftarkan perkahwinan.

“Ini adalah kaedah terbaik bagi membuktikan jenis darah yang sama antara, ibu, bapa dan anak. Kementerian tiada masalah jika pemohon enggan menyerahkan keputusan ujian DNA bersama permohonan masing-masing.

“Kita akan membuat kputusan berdasarkan dokumen dan maklumat yang ada,” katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai jumlah permohonan kewarganegaraan yang diterima kementerian dengan keputusan ujian DNA pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Hishammuddin berkata, antara tahun 2010 sehingga 31 Mac tahun ini, pihaknya menerima sebanyak 6,145 permohonan sambil menambah bahawa permohonan tahun lepas telah diproses dan keputusannya akan diketahui tidak lewat 31 Disember

Katanya, pemohon akan dimaklumkan status mereka pada 31 Disember tahun depan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan