Hidupan Liar Yang Dirampas Dari Zoo Saleng Tiba Di Zoo Melaka

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Zoo Melaka milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menerima sembilan harimau belang, seekor ostrich dan ular senduk yang dirampas dari Zoo Saleng di Kulai Jaya Johor, Isnin lalu.

Kesemua hidupan liar itu dihantar menggunakan lori dan tiba di sini pada lebih kurang jam 8.30 malam Selasa.

Binatang-binatang ini akan terlebih dahulu dikuarantin sebelum dipindahkan ke kandang kekal di zoo berkenaan.

Penolong Pengarah Zoo Melaka, Norzahirah Anum berkata, pihaknya telahpun bersedia dengan pasukan perubatan veterinar bagi merawat binatang-binatang berkenaan sekiranya perlu.

Ini kerana binatang-binatang itu kini berada dalam keadaan letih akibat ditangkap dan dipindahkan dari Kulai kelmarin.

Katanya, harimau belang yang dibawa ke sini termasuklah beberapa ekor anaknya.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh penguatkuasa Perhilitan Isnin lalu di Zoo Saleng, lebih 60 ekor binatang telah dirampas kerana zoo berkenaan tidak mematuhi peraturan-peraturan tertentu serta kebenaran yang diperlukan daripada Perhilitan.

Sebelum serbuan itu dilakukan, akhbar The Star telah mendedahkan situasi di zoo berkenaan yang daif dan tidak sesuai untuk memelihara hidupan liar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan