Permohonan Program Kepulangan Pakar Semakin Meningkat Sejak Pegumuman Insentif - Najib

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata jumlah permohonan bagi program kepulangan pakar (REP) semakin meningkat sejak pengumuman insentif untuk program itu yang dibuat pada April lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Sejak pengumuman insentif yang telah ditambah baik pada 12 April lepas, jumlah permohonan REP semakin meningkat dan dijangka akan melebihi bilangan permohonan yang telah diterima pada tahun-tahun sebelum ini."

Pada 2009, sebanyak 215 permohonan telah diterima bagi program itu dan tahun lepas sebanyak 160 permohonan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) di Dewan Rakyat Isnin.

Pada April lepas, Najib mengumumkan bahawa profesional rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air layak mendapat insentif 15 peratus bagi cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun.

Perdana Menteri berkata REP yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia, sejak tahun ini diuruskan oleh Talent Corporation (TalentCorp) dan telah ditambah baik dari segi insentif dan pengukuhan mekanisme pelaksanaannya.

"Kerajaan memahami keperluan untuk menarik, membangun dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi untuk melaksanakan aktiviti kerja bertaraf dunia bagi mentransformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

"Sehubungan ini, TalentCorp telah ditubuhkan pada Jan 2011 dengan mandat untuk mencapai objektif tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan