CCU Dianugerah Tender Projek LRT Aliran Kelana Jaya RM674 Juta

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) pada Selasa telah mengeluarkan surat anugerah kepada CMC-Colas-Uniway (CCU) untuk memulakan projek sambungan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya bernilai RM673,920,651.04.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Prasarana berkata projek tersebut melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, pembinaan, ujian serta pentauliahan bagi sambungan sistem LRT aliran Kelana Jaya.

Laluan baru bagi sistem LRT Kelana Jaya ditambah dengan 17 kilometer hingga ke Putra Heights.

Ia akan bermula dari Kelana Jaya melalui Subang, Subang Jaya, USJ, Alam Megah dan akan berakhir di Putra Heights. Laluan ini akan mempunyai 13 stesen baru.

Projek sambungan LRT tersebut telah diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2009 bagi meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam di Lembah Klang.

Projek sambungan baru LRT Kelana Jaya dijangka mampu menambah kapasiti sehingga 98,000 penumpang pada waktu puncak iaitu peningkatan sehingga 314 peratus pada 2012.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan