Bertindak Dengan Dokumen Hasil LID Untuk Tingkat Hubungan Malaysia-Afrika, Kata Najib

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap negara-negara Afrika akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melaksanakan langkah-langkah yang terdapat dalam "Dokumen Hasil" terutamanya dalam mengamalkan transformasi dan meningkat perdagangan serta pelaburan dengan Malaysia.

Apa yang penting pada akhirnya ialah pelaksanaannya, supaya konsep perkongsian bestari yang dipersetujui oleh para pemimpin boleh direalisasikan, kata beliau semasa berucap pada majlis penutup sesi plenari pada hari terakhir Dialog Antarabangsa Langkawi 2011, yang berlangsung tiga hari di sini.

"Transformasikan komuniti dan negara anda dan dengan izin Tuhan, rakyat akan terus yakin terhadap anda," kata beliau.

Dalam dokumen hasil berkenaan yang bertajuk "The Way Forward", pemimpin-pemimpin antara lain bersetuju bahawa langkah-langkah akan diambil bagi menggalakkan kerjasama perkongsian bestari yang dipacu teknologi bagi menangani jurang sosio-ekonomi serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

Selain itu, para pemimpin juga bersetuju akan terdapat inisiatif untuk meningkatkan dan memudahkan pengkhususan dan mengantarabangsakan penyelidikan dan pembangunan dalam kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan dan ekonomi berasaskan inovasi.

Najib berkata: "LID 2011 bukan hanya perubahan tetapi lebih daripada itu, ia dialog penting ."

Bagi situasi sama-sama menang, faedah bersama, hubungan yang lebih saksama, ketelusan dan ikhlas yang merupakan nilai baik yang dikaitkan dengan LID dan perkongsian bestari, beliau berkata: "ini perlu dikaitkan dengan hasil, pencapaian dan dengan tindakan."

"Oleh itu, kami memutuskan untuk mengaitkan dengan keperluan untuk mengubah komuniti, negara kita dan bersama-sama menggunakan perkongsian bestari sebagai alat untuk mengubah dan mencapai wawasan jangka panjang kita," kata beliau.

Najib berkata LID boleh diadakan di mana-mana, di Putrajaya, Kuala Lumpur atau malah di Kota Kinabalu sambil menjelaskan bahawa Langkawi LID hanyalah jenama dan tempat tidak penting kerana yang utama adalah hasilnya.

Isu kemiskinan turut dibincangkan dan beliau berkata Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan tegar dan itu merupakan transformasi.

"Malaysia telah menunjukkan bahawa kemiskinan bukan sumpahan untuk hidup sehingga hari kiamat," kata beliau.

"Mengubah Afrika daripada benua yang defisit makanan kepada benua lebihan makanan merupakan satu transformasi, berubah daripada pertanian kepada perniagaan pertanian, itu transformasi, berkembang daripada tadbir urus yang kurang baik kepada tadbir urus yang baik."

Beliau berkata apa yang penting dalam perjalanan ke arah transformasi ialah menghasilkan keputusan yang baik dan berani.

Najib berkata negara-negara boleh meraih banyak faedah dengan mengadakan perangkaian memandangkan proses perkongsian bestari adalah mengenai membangunkan hubungan peribadi.

"Saya tidak mengenali ramai di kalangan anda atas dasar peribadi sebelum dialog ini tetapi selepas tiga hari bersama, anda kawan saya dan saya lebih mengenali anda.

"Anda perlu membangunkan hubungan ini, membina kepercayaan terhadap kami kerana hubungan dapat bertahan hanya jika kita mempercayainya atas dasar percaya (dan) itu merupakan satu daripada nilai perkongsian bestari," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan