PKR Senarai Pendek 60 Peratus Calon Pilihan Raya

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenarai pendek hampir 60 peratus calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang menyaksikan beberapa muka baru.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata senarai itu akan diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta biro politik PKR dalam tempoh dua minggu, untuk dipertimbang dan disahkan.

"Mereka yang terpilih namun tidak menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini, tidak akan dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Juga tidak ada jaminan mereka yang menang sebelum ini akan dibenar bertanding semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen pemilihan parti itu pada Ahad.

Azmin berkata calon yang terpilih perlu menjalani tapisan ketat bagi memastikan mereka komited terhadap parti selain mampu berkhidmat untuk rakyat.

"Pengalaman lampau mengajar kita agar lebih berhati-hati memilih calon," katanya sambil menambah parti itu mahu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Bagaimanapun, katanya, akan berlaku pertukaran kerusi dengan rakan pembangkang PAS dan DAP di kawasan PKR kalah.

Beliau juga berkata parti itu akan terus meletakkan calon di kawasan campuran yang mempunyai jumlah pengundi sama rata dari pelbagai kaum. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan