Menang Kereta Mewah: Hari Bapa Lebih Gembira

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Choong Liang gembira setelah memenangi hadiah utama Peraduan SMS Twisties Mata Mania di Petaling Jaya, Isnin.
Tan Choong Liang gembira setelah memenangi hadiah utama Peraduan SMS Twisties Mata Mania di Petaling Jaya, Isnin.

PETALING JAYA: Sambutan hari bapa pada tahun ini lebih bermakna buat Tan Choong Liang, 37, kerana berjaya membawa pulang kereta Volkswagen Polo pada Isnin dalam peraduan Peraduan SMS Twisties Mata Mania yang dimenanginya.

Tan yang berasal dari sini menerima hadiah tempat pertama tersebut dalam satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sebuah restoran, di sini.

"Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini malah usaha dan masa yang dilaburkan saya untuk bertanding dalam peraduan ini dirasakan sungguh berbaloi sekali.

"Anak perempuan saya yang sangat meminati keropok Twisties dan dari situ saya mendapat tahu tentang peraduan ini lalu terus berminat mengambil bahagian," beritahu Pengurus Akaun yang telah menghantar sebanyak 4,508 sistem pesanan ringkas (SMS) dalam usahanya untuk memenangi pertandingan itu.

Selain Tan, seramai 32 pemenang bertuah yang lain menerima hadiah mingguan lain berupa barangan elektrik, konsul permainan video dan telefon bimbit pintar.

Pengarah Pemasaran Kraft Foods Malaysia, Jason Chin berkata peraduan ini diperkenalkan bagi menghargai penggemar setia makanan ringan itu yang sudah berada di pasaran sejak 30 tahun yang lalu.

"Kami sentiasa ingin mendekati jenama Twisties dengan penggemarnya dan peraduan sebegini sering dibuat dari masa ke semasa untuk tujuan tersebut.

"Malah kami berasa sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur," katanya ketika ditemui.

Jason menyampaikan hadiah kepada pemenang utama, Tan sambil disaksikan ahli keluarga pemenang itu yang turut hadir untuk bersama berkongsi kegembiraan.

Twisties merupakan salah satu jenama makanan ringan yang dihasilkan syarikat Kraft Foods Malaysia dan peraduan tersebut telah diadakan bermula dari 1 April sehingga 27 Mei.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan