Haram Utusan Malaysia: Sidang DUN Kelantan Hangat

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tindakan Kerajaan Negeri mengharamkan wartawan Utusan Malaysia membuat liputan semua program dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran karikatur yang menghina Islam menjadikan sidang pada Isnin hangat memperdebatkan isu berkenaan.

Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia .

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah berlaku adil dengan tidak mengharamkan penjualan akhbar itu di Kelantan namun hanya menggunakan hak untuk memboikot Utusan Malaysia pada majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam dan hukum hudud terutamanya apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan," katanya.

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan