Demo Bersih Batal Jika PM Janji Pilihan Raya Adil - Anwar

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai ini jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga' jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.

"Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran," kata Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada konvensyen pilihan raya parti itu, di sini, Ahad.

Katanya beliau kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu.

Bersih merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan