Bantuan Pendidikan Syarikat Korporat Mampu Bangunkan Negara - Berita Semasa | mStar

Bantuan Pendidikan Syarikat Korporat Mampu Bangunkan Negara

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bantuan dari syarikat korporat kepada bidang pendidikan adalah penting dalam membina negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata usaha tersebut boleh membina bakat rakyat Malaysia ke arah menarik pelaburan seterusnya dan menjadi asas kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

"Saya berharap lebih banyak syarikat multinasional di negara ini menjadi rakan kepada usaha pembinaan negara.

"Saya percaya banyak syarikat yang berpandangan jauh akan membantu menambah bilangan sumber manusia yang berkemahiran tinggi yang penting dalam menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP)," katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Shell di sini pada Isnin.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai.

Musa berkata ETP memerlukan lebih 3.3 juta pekerja mahir dalam pelbagai sektor ekonomi.

Beliau juga berkata negara perlu melahirkan kebolehan domestik menerusi universiti dan institusi latihan.

"Kita perlu mewujudkan pendekatan bersepadu bagi melahirkan tahap latihan dan pendidikan yang diperlukan oleh Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) bagi institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan kursus yang relevan kepada industri," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan