Umat Islam Diminta Doa Kejayaan Misi Konvoi Flotila Ke Gaza

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Umat Islam diminta supaya mendoakan kejayaan misi konvoi flotila kemanusiaan ke Gaza yang akan berlepas ke sana pada 27 Jun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap misi kali ini membuahkan kejayaan.

"Telah puluhan tahun umat Islam merasa kepedihan kerana Masjidil Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat penganutnya ditawan Israel.

"Kasih sayang umat Islam terhadap bumi Baitulmaqdis sangat besar dan menjadi harapan kita untuk melihat bantuan kepada penduduk Palestin tercapai," katanya di sini Ahad.

Beliau menyerahkan cek bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Saadah Al- Diniah Al-Islamiah di Kampung Sungai Limau Dalam di sini Ahad.

Jamil Khir berkata pendekatan berbaik-baik dua parti politik Palestin iaitu Hamas dan Fatah berupa petanda positif yang diharapkan dapat merintih kepada pemulihan negara berkenaan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bagi memastikan keselamatan konvoi tersebut.

Beliau turut melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla 11 ke Gaza.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan