Tun Mahathir Enggan Ulas Pandangan Khairy Supaya LID Dihentikan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengasas Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terganggu dengan pandangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya dialog itu dihentikan.

"Orang ramai mempunyai pandangan yang berbeza, mereka berhak mempunyai pendapat sendiri, setiap orang berhak memiliki pandangan sendiri," katanya kepada Bernama.

Bekas Perdana Menteri itu ditemui selepas berakhir majlis perasmian LID 2011 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Ahad.

Khairy dalam kenyataan di Twitter berkata: "Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe) tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan