Semua Negara Perlu Maju Seiring Dengan Seluruh Negara:Tun Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua negara perlu keluar dari "zon selesa" dan bergerak maju seiring dengan negara-negara lain dalam dunia kini yang penuh mencabar dan bergerak pantas, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ramai yang suka berada dalam "zon selesa", yang akhirnya mengakibatkan mereka tidak dapat berkembang maju.

"Kalau kita selalu nak benda yang kita biasa, kita tak boleh maju. Dunia sedang berubah, dan kita perlu bergerak seiring dengan kemajuan negara-negara di seluruh dunia," kata beliau yang merupakan pengasas LID, kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian LID 2011 pagi ini yang menggesa semua pemimpin supaya berusaha membawa transformasi, dan berubah, daripada melakukan sesuatu dengan cara yang lama.

"Untuk menjadi setanding, kita perlu tahu apa yang sedang berlaku, kita perlu tampilkan idea-idea sendiri supaya kita dapat berada selangkah di hadapan sesetengah negara dalam bidang-bidang tertentu," katanya.

Dr Mahathir berkata LID merupakan program yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia yang seharusnya mendapat sokongan oleh semua pihak.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan