Perwakilan Afrika Puji Dialog Dalam Memperkasa Masyarakat

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemimpin-pemimpin dan perwakilan dari Afrika memuji Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2011) yang dianggap dapat memperkasa masyarakat menerusi perkongsian bestari dan membantu dalam mengubah ekonomi benua itu.

Mereka berkata negara-negara Afrika menyepadukan konsep perkongsian bestari ini dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan untuk membawa manfaat kepada rakyat.

Mereka juga menyuarakan rasa kagum dengan kepesatan pembangunan yang dapat disaksikan sendiri di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Rata-rata kalangan mereka berharap akan dapat mendengar mesej mengenai transformasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptamanya pada majlis perasmian LID 2011 selama tiga hari yang bermula hari ini.

"Bagi saya LID tahun ini akan menjadi unik kerana buat kali pertama dialog diadakan di luar Langkawi," kata perwakilan dari Nigeria Dagogo Opunabo Sele.

Sele, salah seorang daripada perwakilan belia Nigeria, ketika ini mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Kolej Universiti Segi di Kuala Lumpur.

"Perwakilan belia yang dipilih kali ini adalah selaras dengan wawasan baru kerajaan untuk memperkasa pelajar di dunia sebenar, dan bukan sahaja berkisar kepada ruang kelas-kelas kuliah," katanya kepada Bernama.

Mpho Mofolo dari Lesotho, turut memuji penganjur LID yang menurutnya menampilkan pengurusan yang lancar dan lojistik mengagumkan untuk kemudahan perwakilan, terutama dari segi peralatan di Pusat Media Antarabangsa.

"Perkongsian bestari merupakan idea yang baik dan ia membekalkan platform buat negara Selatan-selatan untuk berhubungan antara satu sama lain. Negara-negara Afrika boleh mempelajari mengenai banyak perkara daripada Malaysia, terutama dari segi teknologi dan inovasi" kata seorang wartawan National Radio of Lesotho.

Seorang pempamer di pameran dan forum perniagaan yang diadakan sempena LID 2011 di sini, Francis Okokon Effiong pula merujuk kepada kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa orang ramai supaya tidak terlalu bersikap nasionalistik, tapi turut memberi tumpuan kepada hubungan yang membawa keuntungan bersama, yang menurutnya satu gesaan yang amat baik.

"Kita tidak boleh terlalu nasionalistik dari segi meneruskan matlamat pembangunan sendiri, tapi juga perlu memikirkan soal mewujudkan hubungan yang baik dengan negara jiran dan mencapai keadaan menang-menang," katanya.

Beliau seterusnya menggesa Malaysia supaya memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar dari Afrika yang sedang belajar di Malaysia, selain peluang-peluang untuk mengikuti pelbagai program latihan.

Effiong yang merupakan Eksekutif Pemasaran Lim Kok Wing University ketika ini diberikan tanggungjawab dalam soal pengambilan pelajar di Afrika, dan sedang mengikuti pengajian Sarjana.

Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, yang tiba hari ini untuk LID 2011 pula berkata Zimbabwe mendapat banyak manfaat dari banyak dialog di Langkawi dan Selatan Afrika.

Beliau berkata Zimbabwe menyepadukan idea dan prinsip perkongsian bestari, dalam merangka program-program dan dasar-dasarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan