Pendidikan Kanak-Kanak Penting Untuk Pembangunan Modal Insan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pendidikan kanak-kanak ialah asas untuk pembangunan modal insan, dan oleh itu penting bagi negara berkongsi pengalaman melalui perkongsian bestari untuk memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan berkualiti, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Pendidikan kanak-kanak merupakan komponen yang sangat penting dalam pembangunan modal insan sebagai persediaan generasi masa depan untuk memimpin negara dan dunia," katanya di luar program Dialog Antrabangsa Langkawi Kesembilan 2011 (LID 2011) di sini Ahad.

Rosmah, yang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan LID 2011, berkata beliau akan memberi input dari semasa ke semasa.

"Bila-bila masa ada kesempatan, saya akan bersama mereka," katanya kepada Bernama merujuk kepada program LID untuk para isteri pemimpin dan perwakinan.

Satu daripada program untuk isteri pemimpin dan perwakilan ialah melawat Permata Pintar, program yang bertujuan mencungkil bakat dalam bidang penyelidikan di kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh dan 18 tahun.

Rosmah merupakan penaung Permata Negara yang mengendalikan program Permata Pintar.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan