Najib Rasmi LID 2011

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan edisi ke sembilan Dialog Antarabangsa Langkawi 2011.

Beliau juga dijangka mengumumkan inisiatif yang baru bagi meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Afrika pada akhir dialog tersebut.

Najib juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin-pemimpin dari Zimbabwe, Swaziland, Uganda dan Kenya.

Pada perasmian itu Najib dijangka mengemukakan konsep-konsep yang dicetuskan Malaysia sendiri dan juga teras 1Malaysia, dengan fokus terhadap prinsip-prinsip "Rakyat Didahulukan, Pendapaian Diutamakan", Pelan Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi; sebagai hala tuju buat negara-negara yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) untuk mempelajari dan mencontohi dasar-dasar bagi melahirkan pentadbiran yang efisien di negara masing-masing.

Dialog dengan tema "Menjana Perkongsian Bestari Untuk Transformasi Sosio Ekonomi" ini merupakan kali pertama dihoskan oleh Najib sebagai Perdana Menteri.

Najib juga dijadualkan menjadi hos kepada majlis makan malam sempena menyambut ketibaab peserta di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur malam Ahad.

Acara tiga hari yang bermula hari ini akan berakhir Selasa.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan