LID Berkembang Kepada Kumpulan Dialog Dinamik:Najib

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) sentiasa berkembang dalam mencapai potensi sepenuhnya sebagai kumpulan dialog yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata sejak dimulakan lagi, LID telah menjadi platform penting untuk pertukaran idea dan maklumat di kalangan negara-negara membangun.

"Lima belas tahun lalu, Malaysia memulakan LID pertama sebagai satu platform untuk negara-negara membangun bersama-sama dalam semangat yang padu bagi mewujudkan sinergi untuk masa depan yang lebih baik.

"Negara-negara di bawah panji-panji LID berjaya menginstitusikan dasar perkongsian bestari antara kerajaan dan sektor awam," kata beliau dalam perutusan yang terdapat dalam buku program cenderahati LID 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula hari ini. Najib, hos penaung dan penasihat LID 2011, berkata dalam usaha memastikan sifat dinamik LID, satu modaliti baru akan diperkenalkan pada forum tahun ini yang bertemakan "Menjana Perkongsian Bestari untuk Transformasi Sosio-Ekonomi".

Selain daripada perbincangan biasa, akan terdapat perkara baru seperti pemukiman dan sesi plenari, di mana ketua-ketua negara dan kerajaan akan membincangkan pencapaian LID yang lepas dan hala tuju untuk dialog.

Satu sesi taklimat juga akan diadakan untuk para pemimpin dan anggota dialog yang lain mengenai empat teras yang akan menerajui Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Keempat-empat teras itu ialah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan; Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi.

Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan Malaysia, menjadi venue forum berkenaan untuk pertama kalinya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan