Kontrak Kerajaan: Ahli Perniagaan Ditipu Orang Tengah

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekumpulan penipu yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Pelajaran memperdaya ahli perniagaan supaya membayar sejumlah besar wang bagi memperoleh kontrak sebagai pembekal untuk sekolah-sekolah.

Beberapa ahli perniagaan telah menjadi mangsa kepada sindiket penipuan itu.

Salah seorang daripada mangsa, menjual rumah miliknya di kawasan Lembah Klang dan menggunakan wang simpanannya bernilai RM600,000 sebagai bayaran kepada orang tengah itu.

Sekumpulan penipu itu sentiasa menjadikan pembekal alat tulis dan cenderamata serta pemilik kedai buku sebagai sasaran dengan menjanjikan kontrak lumayan dari kementerian atau jaminan untuk disenarai pendek bagi mendapat tender pada masa hadapan.

Sindiket penipuan itu dipercayai mendekati atau menghubungi mangsa dengan memberitahu mereka perlu bertindak segera kerana ramai syarikat berebut-rebut untuk mendapat kontrak berkenaan.

Ahli perniagaan kemudiannya diarahkan untuk memindahkan sejumlah wang secara dalam talian ke dalam satu akaun bank.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan ahli perniagaan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan terbabit.

Beliau menegaskan mana-mana kontrak atau tender yang ditawarkan kementerian dilakukan secara telus dan tiada para pegawai dilantik sebagai orang tengah.

"Ia tiada kaitan dengan prosedur tawaran tender oleh kerajaan. Penipuan yang dilakukan sekumpulan individu menggunakan nama Kementerian Pelajaran adalah perkara serius.

"Orang awam atau ahli perniagaan boleh menyemak senarai kontraktor atau mengesahkan butiran kontrak dengan Bahagian Komunikasi dan Korporat kami," katanya.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan sama ada orang dalam yang terlibat memiliki butiran pembekal untuk sekolah-sekolah, Dr Wee berkata; Jika ada bukti, tindakan boleh diambil. Kami perlu mengenal pasti sumber tersebut dan mengawalnya.

Menurut CyberSecurity Malaysia (CSM), sindiket penipuan melalui transaksi secara talian meningkat kepada 215 kes dari Januari hingga April tahun ini berbanding 92 kes tahun lalu.

CSM adalah pusat pakar keselamatan siber nasional dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mengendalikan Pusat BantuanCyber999 bagi membanteras jenayah siber.

Naib Presiden CSM, Adli Abd Wahid berkata orang ramai mudah terpedaya dengan tawaran perniagaan atau kontrak yang lumayan.

"Orang ramai perlu lebih berhati-hati untuk mendapatkan kontrak menerusi orang tengah," katanya.

Secara keseluruhannya, Adli berkata, kes penipuan secara talian turut meningkat kepada 860 kes dalam masa empat bulan pertama tahun ini berbanding 1,106 kes yang dilaporkan tahun lalu.

Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Siasatan Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Asisten Komisioner Mohd Kamaruddin Md Din mengesahkan peningkatan kes penipuan itu baru-baru ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengendahkan tawaran berbaur penipuan itu.

"Mereka (sekumpulan penipu) tidak akan memberikan banyak masa kepada mangsa untuk mengesahkan tawaran tersebut," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan