Kelasi Kapal Terkandas Semula

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Beberapa kelasi warganegara Bangladesh yang dihantar pulang selepas terkandas dalam sebuah kapal kontena, MV Banga Biraj sejak lebih setahun lalu, sekali lagi terkandas di depot Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dalam laporan terdahulu, Jabatan Buruh sudah mengatur tiket penerbangan mereka pada pukul 6.30 pagi Sabtu.

Bagaimanapun, akibat kekeliruan di antara pegawai Jabatan Buruh dan Imigresen, penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), James Nayagam yang menunggu hampir enam jam untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak kapal itu berasa kecewa kerana pintu pelepasan depot masih ditutup.

Kira-kira pada pukul 4 pagi, seorang pegawai Imigresen memaklumkan kepada Nayagam bahawa anak-anak kapal itu ditahan sebagai pendatang tanpa izin di bawah Seksyen 51 Akta Imigresen kerana dokumen perjalanan tidak lengkap.

Ketika ditanya mengenai penerbangan anak-anak kapal yang dijadualkan berlepas pada pukul 6.30 pagi, pegawai itu berkata, tiada sebarang tiket penerbangan diserahkan kepada depot Imigresen.

Nayagam berkata, beliau terkejut dengan penahanan anak-anak kapal itu.

Katanya, dua kelasi dari Indonesia turut ditahan walaupun laporan terdahulu mengesahkan mereka dihantar pulang pada Jumaat.

Setiausaha Pertama, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Dr Md Rezaul Bashar Siddique turut berasa terkejut selepas dimaklumkan bahawa anak-anak kapal itu masih terkandas di depot Imigresen.

"Bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku sedangkan Jabatan Buruh sudah berjanji mereka boleh dihantar pulang ke negara masing-masing hari ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan