Guru GSTT Akan Diberi Latihan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk mengatur dan mengurus perkara itu.

"Terdapat sedikit kelewatan untuk menyerapkan mereka kerana masalah teknikal yang mana mereka perlu mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

"Saya harap proses ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini Sabtu.

Beliau berkata proses ini akan mengambil masa kerana jumlahnya agak besar, dan ini termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah.

Muhyiddin berharap guru GSTT yang berminat untuk menjadi guru, mengambil peluang dari proses latihan dan penyerapan yang dijalankan oleh kementerian itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan