Gegaran Gempa Sederhana Di Sumatera Utara Dirasai Di Pantai Barat Semenanjung - Berita Semasa | mStar

Gegaran Gempa Sederhana Di Sumatera Utara Dirasai Di Pantai Barat Semenanjung

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gegaran gempa bumi sedehana bermagnitud 5.2 pada skala Richter yang melanda Sumatera Utara malam Sabtu, turut dirasai beberapa negeri di pantai barat Semenajung.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menyebut gempa bumi itu berpusat kira-kira 300 kilometer dari barat daya Klang, Selangor.

Gegaran boleh dirasai di beberapa tempat terutama sekitar Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan