SukaGuam Terima Aduan Lebih 10 Pekerja Diberhentikan Kerja Secara Tidak Sah

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pusat Aduan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) sehingga kini telah menerima aduan daripada lebih 10 pekerja yang mendakwa diberhentikan kerja secara tidak sah oleh majikan mereka.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ia melibatkan sebuah syarikat pelaburan yang ternama di negara ini.

Katanya, SukaGuam kini akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat berkenaan dan menggesa hak pekerja dikembalikan secara sah.

"SukaGuam akan mengemukakan surat tuntutan penjelasan kepada syarikat berkenaan dan memberikan tempoh dua minggu untuk mereka berbuat demikian.

"Sekiranya tidak mendapat apa-apa penjelasan sewajarnya, maka SukaGuam akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya kepada mStar Online di sini. SukaGuam ialah program kesukarelaan para peguam dengan kerjasama rangkaian Restoran Ali Maju.

Objektif penubuhannya adalah membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma.

Jelas Khairul Anwar lagi, sebarang pemberhentian kerja perlu dilakukan melalui lunas undang-undang yang tertib tanpa menindas mana-mana pihak.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan