Pemuda PAS Serah Memo Bantah Karikatur Hina Islam Utusan Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasruddin Hassan Tantawi bersama beberapa Exconya menunjukkan salinan memorandum yang diserahkan kepada pihak pengurusan Utusan Malaysia pada Jumaat. Foto THE STAR Oleh: LIM CHENG KIAT.
Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasruddin Hassan Tantawi bersama beberapa Exconya menunjukkan salinan memorandum yang diserahkan kepada pihak pengurusan Utusan Malaysia pada Jumaat. Foto THE STAR Oleh: LIM CHENG KIAT.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS pusat pada Jumaat menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang dianggap menghina Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi yang mengetuai delegasi tersebut tiba pada pukul 9.35 pagi di perkarangan ibu pejabat Utusan Malaysia.

Beliau bersama Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Exconya, Mohd Sany Hamzan dilihat memasuki bangunan Utusan Melayu (M) Bhd. dan keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Ketika ditemui pemberita selepas menghantar memorandum bantahan tersebut Nasruddin berkata penyiaran karikatur itu telah mempersendakan hukum Islam kerana menyamakan jenayah rogol dan zina.

“Kita beri mereka tempoh tujuh hari. Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.

“Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan perkara ini. Ini sentimen agama,” katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin pada Jumaat.

Rabu lalu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan karikatur bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ karya Miki.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh 'tok penghulu' yang berserban dan berjubah kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung perkara tersebut, Nasruddin berkata penyiaran karikatur tersebut telah menimbulkan keresahan masyarakat awam kerana seolah-olah menggambarkan institusi agama tidak mampu menangani jenayah rogol.

“Perkara ini telah menimbulkan keresahan masyarakat awam kerana masyarakat pasti mempertikaikan fungsi tokoh agama dalam hal ini.

“Oleh itu, kita tuntut, agar pihak Utusan Malaysia turut mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur ini,” katanya.

Katanya, sesetengah ahli PAS mahu demonstrasi membantah diadakan pada hari ini, bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Kita datang buat cara baik untuk memperbaiki keadaan. Jika tidak dipedulikan, baru kita ambil tindakan lanjut," katanya.

Memorandum tiga muka surat itu diterima oleh wakil Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar.

Ditanya mengenai reaksi Suffian, Nasrudin berkata pihaknya akan menyampaikan memorandum tersebut kepada pihak pengurusan Utusan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kira-kira 30 anggota polis turut ditempatkan di hadapan pintu masuk ibu pejabat Utusan Malaysia bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan