Pelantikan Anggota Kariah Masjid Di P.Pinang Mesti Dapat Perkenan Agong

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)dititah menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi merangka kaedah yang sesuai serta mengkaji tatacara baru dalam proses pemilihan jawatankuasa kariah masjid di negeri itu.

Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin membuat titah ketika beliau dan Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas menghadap baginda di Istana Negara pagi tadi.

Beliau berkata, semua anggota jawatankuasa yang bakal dilantik dan cadangan tatacara baru harus mendapat perkenan baginda terlebih dahulu selaku Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang.

"Baginda bertitah demikian supaya semua pihak sentiasa menjaga, memelihara, melindungi ketinggian, kehormatan dan kesucian masjid sebagai rumah Allah, sebagai institusi ibadah dan institusi ummah," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ellias berkata, sehubungan itu, Tuanku Mizan menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid di seluruh negeri bagi sesi 2012/2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan.

Beliau berkata, memandangkan proses pembentukan jawatankuasa bebas mengambil masa lama, Tuanku Mizan juga berkenan melanjutkan tempoh pelantikan semua jawatankuasa kariah masjid sedia ada sehingga 31 Dis 2012.

Ellias berkata, baginda juga berpesan agar kaedah pemilihan jawatankuasa kariah masjid pada masa akan datang perlu berasaskan semangat sukarela, keharmonian serta kasih sayang antara warga kariah sebagai panduan dan amalan dalam proses berkenaan.

"Semua pihak perlu akur dan melihat titah Yang di-Pertuan Agong daripada aspek hikmah dan positifnya, dan jangan menimbulkan sebarang spekulasi luar daripada titah Tuanku," katanya.

Isnin lepas, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memutuskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa kariah masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian ala pilihan raya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata titah baginda membatalkan pilihan raya masjid membuktikan Tuanku Mizan mengambil kira perpaduan, muafakat dan kesejahteraan masyarakat Islam di negeri itu. "Baginda, selaku Ketua Agama Islam, membuat keputusan yang wajar dan tepat, serta disambut baik oleh rakyat jelata yang tidak mahu umat Islam berpecah akibat pilihan raya masjid," katanya.

Zainal Abidin berkata keputusan itu menyelesaikan masalah berkenaan, dan ini bermakna kerajaan negeri dan MAIPP tidak boleh mengambil mudah serta perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum melaksanakan pilihan raya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan