Orang Melayu P. Pinang Perlu Nilia Semula Pengurusan Masjid - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyarankan orang Melayu di Pulau Pinang dapat menilai semula pengurusan institusi masjid bagi mengelakkan ideologi politik bercampur aduk dengan pengurusan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang sepatutnya membatalkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid mengikut sistem pengundian ala pilihan raya.

"Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) harus faham Fasal yang berkaitan dengan agama Islam adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong iaitu termasuk Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

"Tetapi, apabila gara-gara politik sehingga di atas masjid pun dia (Lim) nak buat pilihan raya, saya fikir beliau sudah lupa "judiciary" bidang kuasa ini," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Semalam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya pilihan raya kariah masjid di Pulau Pinang bagi sesi 2012/2013 yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan bagi mengelakkan institusi agama Islam dicemari politik yang boleh memecah-belahkan umat Islam.

Minggu lepas, kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri itu diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bermula 18 Jun hingga 23 Julai yang melibatkan lebih 200 masjid.

Rais berharap titah baginda yang juga sebagai ketua agama Islam di negara ini dipandang tinggi kerana ia membuktikan Tuanku Mizan mahu masyarakat Islam di negeri itu sentiasa memelihara kesejahteraan dan perpaduan di kalangan mereka.

Terdahulu, Rais memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, Pasukan D'sury bertemu Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di sini Pasukan D'sury dianggotai oleh Rais dan isterinya Datin Seri Masnah Rais bersama beberapa pegawai kanan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara peneraju utama kementerian dan Kraftangan Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan