Ketelusan Persekitaran Penting Untuk Pertumbuhan Ekonomi - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Forum Perniagaan Malaysia - Afrika (MABF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.-Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Forum Perniagaan Malaysia - Afrika (MABF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Sabtu.-Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Perundangan anti-rasuah yang kukuh, mewujudkan masyarakat madani dan menggalakkan komunikasi terbuka merupakan perkara penting bagi negara-negara meningkatkan rangkaian nilai ekonomi dan mencapai status negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.

Semasa mengingatkan bahawa salah guna kuasa tidak boleh diterima sebagaimana terbukti di Timur Tengah baru-baru ini dengan jangkaan perubahan sosial, beliau berkata ini juga penting untuk membangunkan perkongsian ekonomi dengan rakan dagang yang berpengaruh dan meningkatkan pendapatan per kapita individu negara.

"Perkara utama ialah untuk mewujudkan ekonomi terbuka dan kompetitif, memandangkan kemungkinan menjana paras pendapatan lebih tinggi untuk rakyatnya," kata beliau semasa merasmikan Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) di sini.

MABF diadakan sebelum Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2011) edisi kesembilan yang bermula Ahad ini.

Dalam memenuhi jangkaan sosial dan menggalakkan kebertanggungjawapan, Muhyiddin berkata tanggungjawab negara-negara adalah untuk mengamalkan persekitaran perniagaan yang bukan diskriminasi, telus, terbuka dan cergas yang menggalakkan persaingan serta kesaksamaan yang berdasarkan kepada kejujuran dan integriti.

"Adalah penting bagi kita terus mentakrifkan semula strategi kita, membina perkongsian dan bertukar-tukar idea serta dialog di kalangan kita yang sama pentingnya," kata beliau.

Beliau berkata Malaysia dan negara Afrika juga berdepan dengan cabaran keyakinan daripada persekitaran perniagaan, kenaikan kos serta pasaran dunia yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri juga mencadangkan supaya negara-negara Afrika mengeratkan integrasi serantau, langkah yang akan membolehkan sesebuah negara menikmati asas perdagangan yang pelbagai untuk import dan eksport mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan