Jadikan Sabah Iktibar BN Bangkit Semula Di Kelantan - Musa Aman

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Rakyat Kelantan perlu menjadikan Sabah, yang semakin maju selepas diambil alih Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai iktibar untuk menyemarakkan semula kebangkitan parti itu di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Sabah pernah melalui fasa kegelapan akibat berada di bawah pimpinan parti pembangkang, sehingga negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam itu, mundur dan terpinggir. "Kami dahulu pernah jadi pembangkang, kerajaan negeri kerajaan pembangkang, keluar dari BN, negeri kami mundur.

"Maka, orang Sabah berfikir apa manfaatnya untuk kami berada dalam parti pembangkang, apa manfaatnya kerajaan negeri keluar dari BN, tak ada manfaat, kami sedar, kami tahu," katanya ketika berucap semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kota Baharu, pada Sabtu.

Musa, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata selepas Sabah kembali berada di bawah pimpinan BN, keadaan menjadi jauh berbeza apabila rakyat memperoleh manfaat besar dan taraf hidup mereka kian berubah, selain semakin pesat membangun apabila wujud kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pusat.

"Memang jauh bezanya apabila Umno memerintah, jadi kerajaan negeri Sabah. Saya bukan nak menunjuk-nunjuk, angkuh, bukan nak takbur, tetapi datanglah ke Sabah, lihatlah Sabah selepas di bawah pimpinan kerajaan pusat.

"Keadaannya baik, politik stabil, ekonomi kukuh. Kita nak terangkan perbezaannya bila kita berada dalam BN, dalam kerajaan pusat, dulu tertinggal, peruntukan kurang, saya bersyukur pada pucuk pimpinan negara," katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Musa berkata sehubungan itu, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan fikiran agar tidak terus terkeliru dengan polemik pembangkang yang sering menabur pelbagai janji, namun tidak menunaikannya.

"Saya dapat tahu di sini buat rumahpun susah, Nik Aziz (Menteri Besar) mengakui Pas tidak mampu bina rumah.

"Di Sabah, beribu-ribu unit rumah kita bina untuk tolong orang miskin, kita bangunkan Mini Estet Sejahtera, bagi (kemudahan) infrastruktur, supaya rakyat keluar dari kepompong kemiskinan," katanya.

Musa berkata beliau melihat semangat tinggi anggota Umno di Kelantan dan yakin negeri itu, yang pernah menjadi kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, mampu bangkit semula jika diterajui kepimpinan yang bersatu padu tanpa sengketa.

"Bila berpecah, berbalah, kita jadi lemah, bila lemah, datang pilihan raya umum, kita kalah, bila kalah, kita hilang kuasa, maka perlu kita mantapkan kepimpinan Umno dari peringkat akar umbi, yang menjadi nadi kita selama ini, saya percaya Umno di Kelantan akan bertapak semula," katanya.

Pada majlis itu, 30 veteren Umno Kelantan menerima Anugerah Jasamu Dikenang sebagai menghargai khidmat yang dicurahkan mereka kepada pimpinan parti itu di negeri tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan