Dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Terima Watikah Pelantikan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat menyampaikan watikah pelantikan dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri dan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ialah Mohamed Faozi Mokhtar, 36, dan Mawardi Che Wan, 37, manakala Muhamad Nazri Basrawi, 36, pula menerima watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Turut menerima watikah pelantikan hari ini ialah lima Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah iaitu Rosdi Hanapi, 33, Muhamad Hisyam Zakaria, 27, Mohd Suhail Mohd Najid, 27, Siti Masitah Md Kassim, 29 dan Siti Mariam Muhamad, 30, serta seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Ghazali Ahmad, 35.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi, Penasihat Undang-undang Selangor Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin menerima pembayaran zakat perniagaan bernilai RM4.04 juta bagi tahun kewangan 2010 daripada Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat Datuk Mohd Aini Taib untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Zakat perniagaan merupakan penyumbang kedua terbesar kutipan zakat di Selangor selepas zakat pendapatan.

LZS menyasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM65.3 juta pada tahun ini, lapan peratus kenaikan berbanding kutipan tahun lepas berjumlah RM60.5 juta. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan