Dr Mahathir Minta Penerbangan AirAsia Ke Afrika

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan syarikat tambang murah seperti AirAsia melihat secara serius untuk mengadakan penerbangan ke Afrika dalam usaha memudahkan pelancong serta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata pada masa ini, kekurangan laluan seumpama itu membataskan usaha meningkatkan hubungan antara Malaysia dan negara-negara Afrika, walaupun benua itu mempunyai potensi ekonomi yang masih banyak belum diterokai.

Dalam reaksi segera kepada permintaan Dr Mahathir pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika pagi ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu Bernama bahawa perkara itu boleh menjadi kenyataan. "Azran (Osman Rani, ketua eksekutif Airasia X''s) dan pasukannya melihat kepada Mesir dan Luanda (Angola) serta Nairobi (Kenya)," katanya melalui SMS.

Dr Mahathir juga mencadangkan beberapa syarikat penerbangan Afrika menjalin pakatan dengan AirAsia, seperti penerbangan tambang murah di Indonesia dan Thailand. Dengan slogan "Now Everyone Can Fly", AirAsia boleh menjadikan Malaysia dan Afrika lebih dekat, katanya semasa menyampaikan ucaptama bertajuk "Meneroka Dimensi Baru," pada MABF, yang diadakan sempena Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 Kesembilan di sini.

Sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang pesat berkembang di dunia, AirAsia dalam kedudukan untuk melakukannya, katanya. "Beliau (Tony) seorang yang luar biasa. Mungkin kita boleh menjadikannya konsultan. Mungkin kita boleh pujuk beliau untuk terbang ke Afrika," katanya, sambil menyatakan bahawa beliau akan membincangkan perkara itu dengan Tony.

"Saya kagum dengan AirAsia. Mereka memberikan satu juta tempat duduk percuma. Jadi, mereka mungkin mendapat keuntungan dari tempat lain. bayangkan mereka memberi satu juta tempat duduk percuma ke Afrika dan (sebaliknya)," katanya.

Beliau berkata pada peringkat awal laluan itu mungkin tidak menguntungkan tetapi akhirnya ia akan memberi keuntungan.

"Pada peringkat awal, kita perlu bersedia untuk menerima kerugian, jadi dalam masa itu kita boleh mengadakan kemudahan untuk perjalanan, yang akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia ke negara Afrika dan rakyat Afrika datang ke Malaysia."

Dr Mahathir juga menyentuh mengenai peranan hotel bajet dalam meningkatkan aktiviti pelancongan dan perniagaan.

"Bayangkan Tune Hotel di Tanzania dan Kenya yang mempunyai banyak yang menarik untuk dilihat," katanya, menyentuh mengenai hotel di bawah rangkaian AirAsia Group. Francais, katanya adalah cara paling cepat untuk mengembangkan perniagaan tetapi tidak dieksploit dengan baik antara Malaysia dan negara-negara Afrika.

Beliau memberi contoh restoran Nando dari Afrika Selatan sebagai satu daripada francais yang berjaya di Malaysia.

Mewujudkan hubungan secara peribadi adalah juga penting untuk meningkatkan hubungan dua hala, katanya sambil menyatakan ia akan membolehkan rakyat berinteraksi dengan baik dan memahami budaya perniagaan satu sama lain.

Beliau berkata satu cara untuk melakukannya ialah melalui program pertukaran di kalangan penjawat awam antara Kuala Lumpur dan negara-negara Afrika.

Mereka yang terlibat dalam program pertukaran itu kemudian boleh memberitahu masyarakat perniagaan apa yang boleh diharapkan apabila mereka ingin melakukan perniagaan dengan negara-negara Afrika.

"Mengetahui bagaimana untuk menjalankan perniagaan sangat penting, tetapi bagi menjayakannya, kesalinghubungan adalah penting," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan