Tip Untuk Pengendali Laman Web - Berita Semasa | mStar

Tip Untuk Pengendali Laman Web

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia menasihatkan semua pengendali laman web milik organisasi dan kerajaan supaya mengambil langkah proaktif dalam melindungi laman web mereka berikutan serangan penggodam yang dijangka memakan tempoh masa beberapa hari.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, pihaknya menyediakan tip dan amalan-amalan terbaik untuk melindungi laman web daripada serangan penggodam. Menurutnya, antara tip berkenaan termasuk:

(1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?

http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html

(2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:

http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920

(3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan:

http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf

(4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:

http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html

(5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?

http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspx . (6) ModSecurity

http://www.modsecurity.org/ 

Sehingga awal pagi Khamis, sebanyak 51 laman web .gov.my digodam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.

Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.

CyberSecurity boleh diakses melalui laman web http://www.mycert.org.my.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan