Remaja Bermasalah Diikat Di Pusat Pemulihan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis menemui tiga penghuni yang diikat tangan dan kaki mereka dengan rantai besi apabila menyerbu sebuah pusat pemulihan tidak berdaftar yang dihuni individu bermasalah dan penagih dadah di sini, Rabu.

Serbuan yang turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Negeri itu dibuat selepas seorang bapa melaporkan kebimbangannya kepada pihak polis mengenai kebajikan anaknya yang berada dalam pusat pemulihan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata dua pekerja dan seorang pengurus pusat itu yang masing-masing berusia 25, 29 dan 47 ditahan dalam serbuan yang dilakukan.

Manoharan mengatakan polis pada Rabu membuat serbuan terhadap dua buah rumah yang dijadikan sebagai pusat pemulihan untuk lelaki dan wanita dekat Kampung Bukit Gasing, Marang.

Katanya, dalam rumah yang didiami penghuni lelaki, polis menjumpai 11 orang berusia antara 15 hingga 35 tahun dengan tiga daripada mereka diikat tangan dan kaki manakala dalam sebuah rumah yang berlainan dua wanita yang dijumpai mengadu mereka didedar dan diletakkan di situ tanpa kerelaan sendiri.

"Kami percaya penghuni ditumbuk, disepak dan dirotan di rumah pemulihan itu.

"Kami juga merampas barang seperti wayar kabel yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa," katanya.

Menuru Manoharan, kes itu berada di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 atas dakwaan mendera dan juga Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana melakukan penyiksaan.

Beliau memberitahu bahawa penghuni yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital manakala yang lain dipindahkan ke rumah kebajikan di Marang.

Suspek direman sehingga Sabtu untuk membantu siasatan.

Dipercayai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat-pusat pemulihan seperti itu dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 sebagai wang pendahuluan dan RM350 setiap bulan.

Bagaimanapun, seorang penghuni berusia 19 tahun yang diletakkan dalam pusat itu sejak sembilan bulan lalu kerana ketagihan dadah menafikan dakwaan bahawa penghuni di situ didera.

Dia juga mengatakan ketiga-tiga penghuni yang diikat itu merupakan penagih dadah yang sering menimbulkan masalah dan mempunyai tingkah laku yang ganas.

"Dia cuba memecahkan pintu bilik warden dan juga pernah cuba melarikan diri," katanya.

Seorang saudara kepada pengurus yang ditahan itu juga mendakwa remaja yang bapanya melaporkan kejadian kepada pihak polis adalah sangat bermasalah.

Dia mendakwa saudaranya itu merancang untuk mendaftarkan pusat itu yang dibuka ejak setahun lalu dan beribu pejabat di Selangor.

Menurutnya, pusat pemulihan itu mengadakan kelas-kelas motivasi dan keagamaan malah kerja sukarela dalam modulnya.

Dia juga mengatakan pusat itu telah berjaya membantu banyak remaja bermasalah yang kebanyakannya adalah penagih dadah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Terengganu, Zuhaimi Omar berkata semua penghuni pusat itu telah dilepaskan kepada keluarga masing-masing.

"Kami menghargai usaha yang dilakukan badan bukan kerajaan dalam membantu remaja yang bermasalah namun mereka haruslah menjadi organisasi yang berdaftar dengan jabatan terlebih dahulu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan