Pilihan Raya Masjid Pulau Pinang Ditangguhkan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang telah bersetuju untuk menangguhkan pilihan raya untuk memilih kariah masjid di negeri itu yang dijadualkan berlangsung Selasa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim mengesahkan perkara tersebut kepada The Star ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Sebanyak 193 daripada 200 masjid di negeri itu telah menghantar pencalonan masing-masing. Difahamkan Umno Pulau Pinang telah menghantar surat rayuan kepada Yang Dipertuan Agong supaya pilihan raya kariah masjid ditangguhkan dan kaji semula agar ia selaras dengan Enakmen Agama Islam di Pulau Pinang.

Yang Dipertua Kariah-Kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata sistem sedia ada perlu diubah kerana ia dilihat 'terlalu liberal'.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan