Pemuda Umno Akan Turut Adakan Perhimpunan 9 Julai Ini - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno pada Khamis memutuskan untuk turut mengadakan perhimpunan dan berarak pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata antara perkara yang akan diketengahkan dalam memorandum itu ialah berkaitan isu pemindahan pengundi di mana pihaknya mendapati perkara itu sedang dilaksanakan pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Selain mencadangkan beberapa perkara, perhimpunan itu juga bertujuan membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya dimonopoli pembangkang khasnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini Jumaat.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata perhimpunan itu bukan untuk bertembung dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi menunjukkan semangat anak muda dalam Umno untuk pertahankan sistem sedia ada serta ingin bekerjasama dengan SPR untuk memperbaiki sistem sedia ada.

"Kita anggap perhimpunan (oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) itu bukan tujuannya untuk membaiki sistem pilihan raya tetapi untuk mempolitikkan dan berkonfrontasi dengan kerajaan dan SPR yang sebenarnya tidak konstruktif," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Karnival Kerjaya Pemuda BN yang sebelum ini hanya diadakan di Kuala Lumpur, akan diadakan di negeri lain bermula di Kedah dari 1 hingga 3 Julai depan diikuti Pahang (15-17 Julai), Melaka dan Negeri Sembilan (22-24 Julai) dan Sabah (29-31 Julai). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan