Pembuat Kereta Domestik Perlu Jadi Syarikat Berorientasikan Global - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembuat kereta domestik perlu lebih kompetitif dan mengalihkan tumpuan mereka daripada menjadi juara dalam negara kepada entiti yang berorientasikan global, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan Perodua sebagai contoh, beliau berkata dengan bantuan mereka yang berkepentingan dan rakan teknologi, Daihatsu Motor Company dari Jepun, pembuat kereta nasional akan dapat memasuki pasaran serantau dan dunia yang lebih luas.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran model baru Perodua Myvi di sini malam Khamis.

Model baru Perodua itu berdasarkan kepada Myvi, model terlaris negara sejak lima tahun lepas.

Model berkenaan mempunyai inovasi dalam reka bentuk dan kejuruteraan.

Sehingga kini, Perodua menjual lebih 1.8 juta kereta di pasaran domestik. Eksportnya kereta siap bina (CBU) ke tujuh negara manakala komponen enjin dieksport ke tiga negara.

"Adalah menjadi harapan, Perodua akan dapat mengulangi kejayaan dalam negara di luar negara dan berkembang untuk menjadi jenama yang dikenali di peringkat global," kata beliau.

Kerja keras, ketekunan dan dedikasi bagi mengekalkan kualiti produk dan standard perkhidmatan yang hebat akan menjadikan Perodua sebagai syarikat inovatif dan berjaya menarik warga Malaysia, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan