Nik Aziz Akui Pemberian Subsidi Kerajaan Pusat Untuk Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui usaha kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) menyediakan pelbagai subsidi dan bantuan adalah satu bentuk kebajikan biarpun tidak menepati konsep negara berkebajikan yang ingin dilaksanakan oleh parti PAS. Katanya pemberian subsidi dan bantuan kerajaan pusat itu merupakan satu kebajikan untuk rakyat biarpun kerajaan pusat terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang besar bagi menyempurnakan tujuan itu.

"Kebajikan juga (pemberian subsidi dan bantuan kerajaan oleh pusat) tetapi tidak mencerminkan kebajikan yang dimaksudkan Pas," katanya menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata demikian untuk menjelaskan kepada masyarakat di Kelantan dan anggota Pas mengenai perbezaan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan persekutuan dengan konsep negara berkebajikan oleh PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu dua minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai konsep negara Islam dan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya, sebaliknya menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan.

Ekoran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan baru Pas untuk memperjuangkan 'negara berkebajikan' membuktikan kejayaan sekutunya, DAP menukar hala tuju perjuangan asal parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam.

Ketika ditemui pemberita selepas ceramahnya, Nik Abdul Aziz menjelaskan lebih lanjut mengenai negara berkebajikan berikutan timbul rungutan anggota PAS terhadap perubahan dasar parti itu.

Beliau berkata konsep negara berkebajikan yang menjadi slogan baru Pas tidak akan menjejaskan dasar parti itu untuk mewujudkan negara Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan