Malaysia Catat Rekod Pengeluar CSPO Terbesar Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat rekod sebagai pengeluar terbesar Minyak Sawit Lestari Diperakui (CSPO), dengan lebih 50 peratus daripada sejumlah 4.2 juta tan pengeluaran CSPO setakat ini.

Setiausaha agung Meja Bulat bagi Minyak Sawit Lestari (RSPO) Darrel Webber, berkata Malaysia berhak mendapat pengiktirafan di peringkat dunia berhubung amalan kelestarian.

"Malaysia seharusnya dirujuk sebagai contoh baik yang mengambil bahagian secara aktif dengan RSPO dalam menghasilkan idea dan penyelesaian inovatif bagi mencapai CSPO," kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.

Beliau berkata Sime Darby Plantations Sdn Bhd merupakan pengeluar terbesar CSPO di Malaysia.

"Syarikat-syarikat lain dan pekebun kecil yang membekalkan CSPO adalah Felda Holdings Bhd, IOI Group Bhd, United Plantations Bhd, Kulim (M) Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd," katanya.

Webber berkata kira-kira 46.6 juta tan minyak sawit dihasilkan di seluruh dunia dan anggota RSPO mewakili kira-kira setengah daripada jumlah keseluruhan, jadi usaha mereka akan berpotensi memberi kesan yang besar.

Jenama RSPO bertujuan meningkatkan komitmen mereka yang berkepentingan dalam rangkaian bekalan melangkaui pengeluar minyak sawit dalam memastikan permintaan meningkat.

CSPO menggalakkan amalan baik keluaran minyak sawit bagi membantu mengurangkan pembasmian hutan, mengekalkan biodiversiti dan menghormati kehidupan atau komuniti pedalaman di negara pengeluar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan